0

Di mana aku..?

Orang itu hebat, mantap berucap di hadapan.

Mengapa aku kurang.?

Beza orang itu dan aku adalah LEVEL PEMBACAAN kami.

Orang itu hebat membaca, mendalami dan memahami sesuatu yang dibaca, maka kehebatan itu diterjemah melalui ucapan-ucapannya.

Aku.?

Harus lebih kuat berusaha. Membaca dan terus Membaca. Itu kunci ilmu!

Membaca itu bukan sekadar merujuk BUKU tetapi alam persekitaran, setiap peristiwa yang berlaku, makhluk yang Allah ciptakan untuk diambil pengajarannya.

Maka, bacalah segalanya dengan hati yang ikhlas. Dan, kita akan memperolehi sesuatu yang indah. 🙂

” Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekelian makhluk) ” [96:1]

Dan sudah pastinya Al-Quran adalah rujukan yang terbaik yang seharusnya kita baca dan tadabur ayat-ayat cinta Allah.

*buku & peristiwa masih banyak yang perlu dibaca dan difahami lagi*