0

Nikmat & Ujian…hanya pada yang mampu!

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah!

Allahuakbar! Allah sungguh Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Dua nikmat besar yang aku perolehi semalam – 18 Julai 2012. First of all, aku rasa sangat-sangat terharu dengan perancangan Allah. Betullah, sehebat mana kita merancang, jika Dia inginkan yang lain, sungguh itu yang terbaik untuk diri kita. Allahuakbar! Jangan pernah menyesal jika kita menyerahkan segalanya kepada Sang Pencipta.

Sungguh, nikmat lain itu memang tidak pernah aku lupa. Cuma, dua nikmat yang datang serentak pada hari yang sama benar-benar mengajar aku erti berserah diri padaNya.

Nikmat 1

Macam-macam “masalah”  tiket penerbangan pulang ke Malaysia aku daripada tiket Mesir-Malaysia dengan tiket domestik. Pada asalnya tiket aku sudah “dibeli”, Etihad Airlines . Tapi, bukan rezekiku dengan penerbangan tersebut, Allah jadikan namaku tercicir dari senarai penumpang yang sudah disahkan seatnya.

Seminggu bertungkus lumus mencari tiket untuk pastikan aku balik juga pada 18 Julai dirasakan seperti hampir sebulan. Macam-macam kisah terjadi sehingga tahap aku “penat” dengan keputusan untuk pulang ke Malaysia.

“Kalau ada tiket kita balik, kalau tiada, tunggu sahaja ataupun tak perlu pulang.”

Namun, Allah sudah tetapkan bahawa aku akan meninggalkan bumi Mesir pada 18 Julai juga. Akhirnya sekarang aku berada di Muscat, Oman. 6 jam sebelum berlepas baru aku dapat confirmation seat untuk penerbangan ini. Allah susun cukup cantik. Andaikata aku tahu yang penerbangan aku adalah pada 18 Julai, sudah tentu Bowling Tournament anjuran USAL PCT sudah tidak aku sertai.

“Nikmat mana lagi yang ingin kamu dustai ?”

Nikmat 2

Tarikh aku bertolak pulang ke Malaysia adalah tarikh keputusan peperiksaan Tahun 2 diumumkan. Berdebarlah juga cuma sedaya upaya mengharapkan yang terbaik dariNya. Sedang sibuk menguruskan urusan check in di kaunter, telefon di dalam beg asyik bergetar sahaja. Malas aku layan. Teruskan urusan di kaunter. Sambil tunggu kakak kaunter menimbang bag, aku cuba memeriksa panggilan yang terlepas dan juga mesej yang diterima.

Mesej dari Honey a.k.a Atikah Rahim – ” Salam yank. Alhamdulillah. yank lepas. makbul. “

Cukup ringkas namun membuatkan hatiku sangat-sangat terharu. Allah mengujiku tahun lepas dengan keadaan aku bersedia dengan kegagalan itu dan juga pada tahun ini, Allah kurniakan nikmat kejayaan yang mana mampu membuatkan aku menangis kerana aku  sudah berserah diri sepenuhnya kepadaNya andai diri ini diuji lagi seperti sebelum ini. Kali ini, Allah kuatkan aku untuk menanggung “ujian” kejayaan itu.

Tambah menggembirakan aku kerana sahabat-sahabat perjuanganku dalam medan persatuan turut berjaya dengan cemerlang. Usaha mereka sudah berjaya.

Alhamdulillah bakal melangkah ke Tahun 3 Perubatan pada sesi 2012/2013.

Allah.. Cepat sungguh masa setahun itu berlalu. Walau pahit di awalnya, namun kemanisan itu berjaya juga dikecapi dan moga ianya dalam rahmat dan redha Ilahi.

*Pulang ke Malaysia ingin menabur bakti. Moga Allah selalu merahmati.

Bumi Muscat,

Subuh 19 Julai .

0

Amanat

Bismillahirrahmanirrahim.

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu khianati Allah dan Rasul dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanat yang dipercayakan kepada kamu, sedang kamu mengetahui.

Al-Anfal : 27

     Allah.. Kadang-kadang tanpa disedari kita melupakan amanat yang sedang kita pegang. Atau lagi menyedihkan jika kita tahu akan amanat itu tetapi masih melengah – lengahkan ia. Masih buat-buat punya masa yang panjang. Padahal umur kita sendiri tidak tahu bila penghujungnya akan tiba. Pabila amanat yang sedang dipikul dituntut hasilnya mulalah kelam kabut. Hidup jadi huru hara seketika. Mula menyalahkan sana dan sini. Tapi, di saat punya masa yang lapang, adakah kita ingat akan amanat itu..?

     Tambah-tambah bagi kita yang “bekerja” dalam suatu organisasi atau dalam kumpulan kecil yang mana memerlukan kerjasama dari semua ahlinya. Andaikata ada sesetengah dari ahli organisasi itu “khianat” akan amanatnya, mengabaikan tugas dari posisinya. Pernah atau tidak andaikata kita yang menjadi si “pengkhianat” amanat itu memikirkan bahawa tindakan kita itu tidak akan menyusahkan ahli yang lain sama sekali.? Bila diminta buat itu dan ini, kita akan mudah mengeluh dan malas berfikir kerana kerja sudah bertimbun.

“Mereka fikir atau tak yang aku ni dah menimbun kerja masih nak ditambah-tambah lagi..?!” hati kita mengamuk.

     Tapi fikirkan kembali. Adakah kerja yang menimbun itu hasil dari pemberian kerja pada waktu yang sama atau memang salah kita yang suka menangguhkan kerja..? Andaikata ianya salah kita, jangan cepat mahu menuding jari kepada yang lain.

     Dan ingat, jika kita bergerak dalam kumpulan atau organisasi, jangan terlalu memikirkan untuk diri sendiri. Orang lain masih punya masalah lain yang berkemungkinan lagi besar dari masalah kita sehinggakan kita merasakan “Arghh! Aku la paling banyak masalah!!!”

     Jika terlalu penat dalam melakukan sesuatu, berhenti seketika. Tarik nafas dalam-dalam. Istighfar, ingat Allah. Dan mula fikirkan kenapa kita menghadapi situasi itu. Adakah Allah ingin mengujiku..? Atau adakah aku sudah melakukan kesilapan tanpa sedar lalu Allah menurunkan “ujian” itu untuk aku kembali kepadaNya..?

     Apapun sebab yang bakal kita perolehi, ketahuilah sesungguhnya Allah Maha Mengasihi akan hambaNya. Mungkin Dia sedang menyelamatkan kita dari sesuatu yang buruk atau Dia sedang mempersiapkan diri kita untuk menghadapi ujian yang lebih menduga.

     Setelah itu, senaraikan perkara penting yang harus disegerakan dan selesaikan satu persatu dengan niat kerana Allah. Insya Allah, semua akan berjalan lancar. Jangan pernah sesekali kita mengatakan.. “Kalaulah aku tak buat seperti ini..Kan bagus kalau aku buat seperti yang diberitahu..” Jangan mengeluh. Insya Allah, Allah sudah merancang yang terbaik untuk kita.

Bersangka baiklah kepada Penciptamu, dan Dia adalah seperti sangkaanmu.

0

Kawan

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah. Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dia sentiasa akan memudahkan sebarang urusan hambaNya selama mana hamba itu bergantung harapan denganNya. Memang tidak terbayang kalau hidup ini berlalu tanpa sepotong pun doa kepadaNya setiap hari. Dengan bermacam-macam nikmat Allah beri kepada kita tanpa peduli dosa kita yang melambung tinggi. ” Nikmat mana lagi yang mahu kamu dustakan? -ArRahman- “

Apa kita begitu sombong dan mampu untuk melakukan apa-apa sahaja tanpa pertolonganNya? Sesungguhnya Dialah sebaik-baik penolongmu selagi mana kamu itu menolong agamaNya.

Sedang asyik membaca berita-berita semasa di internet sambil mendengar lagu, Allah takdirkan lagu ini menarik perhatianku untuk mencari lirik lagu. Ia semacam memberi erti sesuatu dalam hidupku kini. Mungkin lagu ini sudah lama kudengar, semenjak di bangku sekolah rendah lagi. Ketika itu hanya menyanyi mengikut rentak sahaja, tanpa ada niat di hati untuk memahaminya. (zaman tu pun internet belum dihujung jariku lagi.. Hehe)

Ini lagunya ..

KAWAN

Kawan Mara Ke Hadapan
Maju Bina Kekuatan
Hidup Mesti Tempuh Cabaran
Itulah Resam Kehidupan

Dunia Perlukan Pertolongan
Dari Generasi Sepertimu
Binalah Sifat Kekeluargaan
Untuk Mendapat Keredahaan Tuhan Yang Esa

Setiap Langkahmu Menjadi Ikutan
Untuk Generasi Sepanjang Zaman

Dunia Ini Penuh Dugaan
Tempuhilah Walau Seorang
Biar Ribut Mahupun Taufan
Quran Sunnah Jadi Bekalan

Kawan Berazam Dan Berjanjilah
Akan Kau Kotakan Sabda Junjungan
Peliharalah Peribadimu
Peliharalah Ahli Keluargamu

Dunia Ini Hanya Sementara
Beribadahlah Sebagai Bekalan
Untuk Menuju Hari Kemudian
Akhirat Jua Kekal Selamanya

Secara peribadi, bagi saya lagu ini menasihati supaya kita berjuang walau berbagai dugaan datang dan juga dengan penuh sifat-sifat mulia. Bukan atas dasar kekerasan semata-mata. Janji antara kawan dengan kawan yang punya perjuangan yang sama akan tidak mudah luntur.

Kadang-kadang memang kita akan katakan kita boleh berjuang sendirian. Tapi cuba kalian perhatikan, sejauh mana kalian mampu melangkah bersendirian..? Tidak mampu sekali-kali. Kita memerlukan satu jemaah untuk bersama. Walau dalam berjuang itu bermacam perasaan jahat yang cuba dibisikkan oleh musuh-musuh kita, tapi percayalah jika kita mampu menepis semua itu, perjuangan kita lebih terasa manis.

Sedikit perkongsian peribadi berkenaan perkataan keramat “perjuangan”. Bagi saya, ya dan memang betul kita berjuang untuk memenangkan Islam. Itu memang matlamat setiap pejuang agama Allah. Tapi kadang-kadang kita terlupa, perjuangan bukan sahaja dalam konteks melawan musuh secara fizikal, tetapi juga secara rohani, secara batin. Sebenarnya setiap inci kehidupan kita merupakan perjuangan sama ada mampu atau tidak kita menaikkan darjat diri kita di sisi Allah yang utamanya juga dalam kalangan masyarakat sama ada kita ini memberi manfaat atau tidak.

Allahuakbar.. Belum cukup ilmu di dada lagi untuk mengatakan lebih-lebih. Sekadar peringatan untuk diri sendiri khususnya dan sahabat-sahabat di luar sana andaikata kita “terlelap” seketika dalam kehidupan seharian pinjaman Allah ini.

Semoga ada manfaatnya walau sebesar zarah.

0

Cinnamon Roll di Tengah Malam (^^,)

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah. Masih diberi nikmat untuk meneruskan hidup. Allah masih hidupkan kita pada hari ini supaya kita dapat bertaubat atas dosa yang dilakukan pada hari semalam. Peringatan untuk diri sendiri yang selalu “terlena” dalam dunianya sendiri.

Mengidam untuk membuat cinnamon roll akhirnya tercapai jua semalam. Berusaha bersama Afiqah, teman serumahku akhirnya siap juga cinnamon roll itu berserta topping –> sebab rasa cinnamon terlalu kuat. Haha. Aku dan Pka sudah tidak tertahan dengan rasa cinnamon lagi. Cukup kali ini sahaja. Haha.

Resipi asalnya di sini. Cukup mudah dan senang untuk dibuat sama ada dari bahannya hinggalah ke cara untuk menyediakan cinnamon roll. Kekurangan pada cubaan pertama adalah TERLEBIH CINNAMON. Haha. Memang betul-betul spoil ! Tidak mengapa. Biasalah kan. Mana ada manusia yang pada percubaan pertamanya terus berjaya. Mungkin berkali-kali, barulah menemui kejayaan.

Kami atasi masalah terlebih cinnamon dan juga brown sugar  yang kasar itu dengan menyediakan topping cheese custard <– sendiri bagi nama. Topping ini langsung tiada gula supaya tidak menambahkan lagi kemanisan yang sedia ada. Yang bagusnya, roti tersebut sangatlah lembut.

“Lain kali kita buat inti lain la nina. Roti ni dah sedap!” , Pka memberi komen peribadinya. Hehe.

Ikuti perjalanan cerita kami menyiapkan cinnamon roll pada tengah malam ~

setelah digulung dan dipotong..

direhatkan seketika. sudah kembang.

dah siap dibakar. (^__^)

cheese custard topping..

Begitulah kisah kami bersama cinnamon roll. Makan satu sahaja pun sudah kenyang. Tambah-tambah rasa cinnamon yang cukup lazat itu menyebabkan proses kekenyangan menjadi lebih cepat.

Alhamdulillah.

*sedang mencari menu lain pula untuk dicuba*