0

Allahuakbar ! Alhamdulillah !

Bismillahirrahmanirrahim.

24 Jun 2012 melakar sejarah dunia. Allahuakbar, tidak kusangka aku kan berada di tanah ini. Menyaksikan kemenangan Islam. Yang mana pasti merubah seluruh dunia. Musuh-musuh mula menggigil, memikirkan bakal nasib mereka.

Biar gambar berbicara,

Allahuakbar..

Sujud syukur rakyat dimana sahaja selepas mengetahui kemenangan Dr. Mursi.

Rakyat Mesir menyambut kegembiraan di Medan Tahrir.

Hamas turut menyambut kemenangan Dr. Mursi sebagai Presiden Mesir yang baru.

Karikatur watak Dr. Mursi dengan Husni Mubarak.

Seorang pemimpin Islam mengimami solat jemaah.

Sempadan Rafah-Mesir bakal dibuka untuk selamanya.

Yahudi meratapi kekalahan Syafiq, lawan kepada Dr. Mursi.

Persidangan untuk pembentukan Perlembagaan Mesir yang baru.

Menanti ucapan sulung Presiden Mesir ke – 5 2012.

Ucapan sulung Presiden Mesir, Dr. Mohammad Mursi.

Antara ayat yang diucapkan Dr. Morsi, Presiden Mesir Ke-5 dalam ucapan julung kalinya, adalah ayat yang sama diucapkan oleh Sayyiduna Abu Bakr As-Siddiq bilamana diangkat menjadi Khalifah menggantikan Rasulullah SAW;

“Taatilah aku selagi mana aku benar, dan jika aku salah, jangan taati aku.”

Ada ke mana-mana pemimpin nombor satu negara lain berani nak cakap macam ni depan jutaan rakyatnya? Moga-moga Dr. Morsi benar-benar amanah insyaAllah, dan rakyat Mesir terus bersama mendukungnya.

Moga-moga yang terbaik juga buat Malaysiaku tercinta, insyaAllah. 🙂

-ayat seseorang-

3

Kenangan Aku dan Dirimu

Bismillahirrahmanirrahim.

Tajuk memberi makna isi sesuatu itu. Maka, Kenangan Aku dan Dirimu dedikasi istimewa buah sahabat ABCku. Nama kelab main-main kami di alam persekolahan. Kami tidak melakukan apa-apa kerosakan kepada maktab. Hehe. Sekadar untuk meluahkan ketidakpuasan hati sesama sendiri.

ABC adalah singkatan kepada A**i B*** Club atau nama penyelamatnya Ais Batu Campur. Hanya kami bersembilan sahaja bersama. Sehingga sekarang ABC masih aktif cumanya sudah berubah matlamat, tidak seperti di sekolah dahulu. Masing-masing sudah menginjak dewasa, jadinya benda sekecil itu sudah boleh diuruskan dengan mudah. [Betul ke ahli kelab sekalian..? Haha] Sebab utama ianya ditubuhkan biarlah hanya kami yang mengetahui.

Carta Organisasi ABC 07/08 :

Presiden
Amalina
T/Presiden
Aini
Setiausaha
Afiqah
Bendahari
Syara
AJK
Hana
Nadirah
Nabilah
Zareen
Shafika

     Tapi kenangan itu bukan pada motif ABC, ianya tersimpan dalam ukhuwah kami. Walau apa  pun ujian yang mendatang, kami saling membantu. Banyak rahsia diselongkar, makan bersama, saling kena-mengena [ Nad & Eiyka, Nina ingat apa yang kalian berdua buat saat2 akhir kita di maktab. Haha. Awal2 memang meletup, tapi it’s sweet things for me (^^,) ], belajar sama-sama – setiap dari kami ada yang top student dalam sesetengah subjek. Jadi cukup untuk saling melengkapi. Hehe. Punya kemahiran yang tiada pada orang lain.

     Seingat Nina, kita yang selalu rajin menghias kelas, diketuai Fika dan sudah tentu Nina pun tidak ketinggalan. Kih3. Yang lain pun turut membantu. Masing-masing punya idea yang sangat menarik. Allah! Rindu sungguh masa-masa di maktab bersama kalian semua. Pabila tiba musim peperiksaan, perkara yang paling mengujakan bukan kertas peperiksaan tersebut tapi sebaliknya kedatangan kad-kad yang sarat dengan doa dan harapan dari sahabat untuk sahabatnya. Kata-kata perangsang. Penuh kreatif. Dan kad itu akan diselitkan dibawah alas meja yang lutsinar termasuklah untuk jejaka kelas kita. Waktu paling selamat sebelum kelas bermula [alasan tidak mahu diketahui orang] Haha. Ada yang memberi kad balasan. (^_^)v

Kelas 502/2008

     Hakikat kejadian manusia, masing-masing punya ego. Kadang-kadang ada juga antara kami yang terasa sesama sendiri. Punya ego masing-masing. Tapi itu seketika sahaja. Tipulah jika dikatakan sepanjang sesebuah persahabatan itu tiada sengketa tercipta. Sedangkan lidah sendiri pun masih oeh tergigit. Inikan pula dengan manusia lain. Yang punya pendapat tersendiri.

     Kenangan itu kalau diungkit, diselongkar tidak akan pernah berhenti. Kerna ia akan bertambah dan bertambah. Cukuplah yang selebihnya tersimpan rapi di dalam hard disk ciptaanNya yang tiada limit storage, tanpa gangguan virus yang bisa sahaja memadamkan kesemua kenangan yang pernah tercipta.

     Semoga Allah sentiasa merahmati kami dan menguatkan ikatan persaudaraan antara kami sehingga ke SyurgaNya. Ya Allah, permudahkanlah urusan dan jagalah sahabat-sahabatku ini dalam payungan rahmatMu. Suksesskan mereka dunia dan akhirat.

-ini jua kenangan kita-

0

Exam..Penat? Lega..?

Bismillahirrahmanirrahim.

Dah habis exam?
Tenang? Rileks?

Sebenarnya tak ada beza pun..
Sebab kita semua memang tengah ambil exam..
Exam kehidupan..
Exam ni open book..
Ada oral ada writing ada semua..
Ada banyak bahagian pulak tu..

Yang paling crucial yang hujung sekali, Final Part..

Venue: Padang Mahsyar..

Masa: Akhirat..

Yang ni tak ada revision period ok..
Panjang ke pendek ke tak ada orang bising..
Dah semua hint tip dah bagi..
Rujukan semua dah provide..
Tinggal effort sendiri..
Tiap-tiap hari la nak kena revise dengan latihan (yakni: amal)..

Soalan Final Part pun dah lama bocor..
Sejak sebelum kita lahir lagi..
Prof Emeritus Diraja Dr Muhammad bin AbdilLah dah bagitau lama dah..
Tanya pasal solat, masa muda buat apa, harta dapat dari mana dan guna untuk apa.. Macam-macam lagi la..

Lepas final part tu terus result keluar..
Yang tu lagi cuak kot..
Sebab display dia real punya..
Answer booklet tebal gila ooo..
Siap tunjuk kat mana salah kat mana betul lagi..
Merah sana-sini..
Dari yang sebesar gajah sampai sehalus kuman..
Semua dia tanda..
Siap komen lagi..
Semua in detail..

Tak ada nak kesian-kesian la..
Jangan mimpi nak re-seat, repeat apatah lagi..
Re-admission pun tak ada..
Nak appeal? Isk isk isk..
Melopong la masa tu..

Isunya masa tu lulus atau tak je..
Semua di tanganNya..
Dengan rahmatNya..
Bagi mereka yang dah nampak fokus masa exam kehidupan ni, matlamat dia mestilah nak dapat A (syurga Firdaus, dekat ngan nabi, jumpa Allah).. nothing else!

Jadi, saya nak ajak semua..
Jom dapatkan A untuk Ujian Kehidupan ni!

Caranya simple.. IKUT CAKAP ‘LECTURER’! (Allah dan RasulNya)

Dan berdoalah sentiasa..

Ya Allah, jadikanlah kami ahli syurga Firdaus. Jadikan kami pendamp baginda Nabi sallalLahu ‘alaihi wa sallam. Jadikan kami di antara mereka yang dikurniakan kesempatan melihatMu..

Ameen Ya Allah..

~ copy dari status seseorang ~

0

Menarik (^^,)v

Bismillahirrahmanirrahim.

*Kalau dulu-dulu, asal dengar perkataan PSYCHOLOGY mesti terfikir pasal sakit mental. Sebenarnya tidak sama sekali!

Psikologi adalah himpunan bidang akademik, klinikal dan perindustrian yang berkenaan dengan penjelasan dan ramalan mengenai tingkah laku, pemikiran, emosi, motivasi, hubungan peribadi, keupayaan dan patologi.

Psikologi boleh dikatakan bahawa pelbagai bidang berkait yang duduk di bawah nama yang sama termasuk:

SUMBER

0

Solat Sunat Rawatib

Bismillahirrahmanirrahim.

Amalan pertama yang akan dihisab pada hari Kiamat adalah SOLAT.

Allah mengarahkan malaikatnya sedangkan DIA Maha Mengetahui, ‘Nilailah solat hamba Ku, sempurna atau kurang’.

Sekiranya solatnya sempurna, maka ia direkodkan sebagai sempurna. Sekiranya ada kekurangan,

Allah mengarahkan lagi, ‘Adakah hamba Ku mempunyai solat sunat? Sekiranya ada, sempurnakan solat fardhunya dengan solat sunatnya…’

(Riwayat Abu Daud, Al-Nasaie dan Ibnu Majah)

***************************************************************************
Dari Ibnu Umar berkata, “Rasulullah s.a.w. tidak meninggalkan solat (sunat) 10 rakaat iaitu :-

✔ 2 rakaat sebelum Zohor,
✔ 2 rakaat selepas Zohor,
✔ 2 rakaat selepas Maghrib,
✔ 2 rakaat selepas Isyak dan
✔ 2 rakaat sebelum Subuh.

(Riwayat Ahmad dan Tirmizi)

Semoga memberi manfaat untuk semua. Insya Allah.

SUMBER

2

Semoga Berjaya!

Bismillahirrahmanirrahim.

Insya Allah, hari ini teman serumahku akan menghadapi Final Examination untuk Kertas kedua – Parasitology Written.  Semoga Allah menjaga kalian dan sahabat Tahun 3 2011/2012 semasa menjawab peperiksaan nanti. Moga-moga Allah angkat hijab jawapan itu dan kalian lancar menjawabnya. 🙂

Insya Allah, kalau kita sudah berusaha maka bertawakallah sepenuhnya, dan yakin Allah akan memberi ganjaran yang terbaik untuk kita.

” Kemudian, apabila engkau telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sungguh Allah mencintai orang yang bertawakal. ”  [3:159]

 

Dari kiri : Athirah, Afiqah, Idayu, Nabila

 

 

0

Mengubah Angin Yang Lalu

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah. Berada di laman yang baru, terasa begitu segar dan bersemangat. Moga-moga kekal sepanjang masa mudah hilang mood. Kenangan di BLOG lama tidak sesekali dilupakan.Di situ masih ada rasa hati yang diluahkan untuk mengingatkan diri yang mudah alpa ini.

Kenapa beralih ke WordPress?

Sekadar percubaan pada awalnya dan sudah tentu sebab utamanya, WordPress tampak lebih bergaya berbanding Blog.

[hakikatnya, aku yang tidak seberapa dalam menggunakan blog, itu menampakkan blogku tidak seSMART yang lain~]

Ini sahaja untuk permulaan laman baru. Moga post akan datang lebih bermanfaat.

Masih belajar untuk itu. 🙂